Labels

Tuesday, January 5, 2010

Kenali Diri Anda Melalui Nombor

Asalamualaikum & salam satu malaysia semua!!..Terima kasih sebab kalian masih sudi menjenguk blog yang sebenarnya masih baru lagi..
Perasan tak korang sebenarnya nombor kadang-kadang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita..mungkin ada dikalangan kita mempunyai fav number atau lucky number mereka sendiri..,
 contohnya "7887" ianya mungkin sekadar nombor biasa tapi tahukah kita bahawa nombor ini mungkin membawa kepada sesuatu dibaliknya, contohnya dikalangan masyarakat cina mereka percaya nombor banyak membawa tuah aka *ong pada mereka..

Teringat saya pada sekumpulan kawan-kawan baru saya yang saya baru kenali beberapa bulan yang lepas ketika majlis pertunangan kawan baik saya..masing-masing diantara mereka mempunyai nombor-nombor yang terdiri eh tersendiri ..bagaimana pula dengan anda..?? pasti ada kan...Apakata kita bermain satu permainan ianya mengenai mengenali personaliti anda melalui tarikh lahir .. JoOommmm...

Caranya adalah, kita perlu mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita supaya ia menjadi satu nombor yang tunggal..

contoh 1 :-

19 October 1987 :-

         i)  19 + 10 + 1987 = 2016

        ii)  2 + 0 + 1 + 6 = 9

so kat sini maknanya nombor lahir saya adalah *9*!!

Contoh 2 :-

12 April 1974 :-

       i) 12+4+1974 = 1990

       ii) 1+9+9+0 = 19

       iii) 1+9 = 10

       iV) 1+0 = 1

nombor lahir untuk contoh 2 = 1

Element nombor tafsiran adalah seperti berikut :-

1-logam.

2-Air.

3-Api

4-Kayu

5-Tanah

6-Logam

7-Air

8-Api

9-Kayu

Makna dibalik jawapan nombor kelahiran anda adalah...

1- KETULINAN

-Sentiasa hadir dengan idea-idea baru.
-Memperoleh sesuatu dengan cara tersendiri.
-Merupakan golangan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik deplomasi..
-Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau  boss.
-Berkerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari : Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik, Berfikirlah secara terbuka.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai tarikh 1:-
Abe, Tom Hanks , Nancy Reagan.


2.PENDAMAI

-Dilahirkan sebagai diplomat
-Selalu memikirkan dan Peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya   sendiri.
-Secara semulajadi mereka ini sangat nalitikal dan suka mengikut gerak hati.
-Mereka ini tidak suka bersendiri.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya didalam hidup tetapi mereka sanggup hidup bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
-Secara semulajadinya golongan itu seorang yang pemalu, mereka perlu belajar meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai tarikh 2:-
President Bill, Madonna,Thomas edison.

3.CERIA
-Mereka sangat kreatif , sosial, Mesra, Romantik dan mudah dibawa berunding.
-Mereka ini suka melakukan sesuatu tanpa jarang dapat menghabiskannya.
-Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
-Mereka sangat popular dan idealistik.
-Golongan ini perlu belajar melihat sesuatu dengan realistik.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai tarikh 3:-
Melanie Griffith,salvado Dali, Alan Alda.

4. KONSEVATIF
-Golongan ini sangat peka dan tradisional.
-Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
-Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
-Mereka suka berkerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
-Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
-Mereka berupaya untuk bersabar,tekun dan adakalanya dianggap degil.
-Mereka harus belajar untuk lebih feksible dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai tarikh 4:-
Paul Hogon,Arnorld Schwarzenegger.

5.PERINTIS.

-Mereka adalah perintis.
-Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat.
-Mereka perlu kepelbagaian dan tidak suka disekat.
-Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap perluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
-Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
-Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat sesuatu fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai tarikh 5:-
Helen Kellar, Abraham Lincoln.


6.ROMANTIK.

-Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sebab untuk berasa gembira.
-Hubungan keluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
-Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
-Mereka sangat suka membantu dan menjaga seseorang.
-Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
-Mereka suka seni muzik.
-Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
-Golongan ini seharusnya belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai tarikh 6:-
Albert Einstein,John Denver,Jane Saymour.

7.INTELEKTUAL.

- Golongan ini adalah pencari, selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan mereka sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah.
-Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
-Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
-Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendiri.
-Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
-Mereka ini seorang yang sangat suka berahsia.
-Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai tarikh 7:-
william Shakespeare, Princess Diana.

8.PENYELESAIAN
-Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
-Mereka sangat Profesional,berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
-Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat, dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
-Mereka sangat suka mengendalikan manuasia, mereka melihat manuasia secara objektif.
-Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
-Golongan ini perlu belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai nombor 8:-
Pablo Picasso.

9. PELAKON.
-Golongan ini mempunyai kebolehan menghiburkan orang lain.
-Mereka sangat penyayang dan Pemurah.
-Dengan daya tarikan yang ada mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang dianggap asing kepada mereka.
-Mereka mempunyai pesonaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang disekeliling mereka memahami mereka.
-Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
-Mereka boleh menerima nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
-Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Antara golongan yang terkenal yang mempunyai nombor tarikh 8:-
Elvis Presley, Jimmy Carter.







1 comment:

  1. saya dah kira2 semua tapi bila dah campuq sume jadi 14 xde pun dalam list tu ..sila terangkan

    ReplyDelete