Labels

Friday, February 19, 2010

Nur Ismarina Tahir Engagement

Engagement I Nur Ismarina Tahir.
 Jinjang, Kepong.
Makin bertambah lagi la gadis-gadis lilgurliez yang sudah dimiliki..salah seorang daripadanya ialah si gadis ini, Ismarina Tahir..mengenalinya sejak dibangku sekolah lagi..seorang yang sangat aktif dalam berpesatuan ketika disekolah dulu..*Persatuan Kebudayaan (PERKEB) aka *SERUMPUN SENI..Pelbagai kisah kami lalui bersama..sesungguhnya saya sentiasa mendoakan kegembiran buat awak.

Thursday, February 18, 2010

THAIPUSAM

T.H.A.I.P.U.S.A.M

Namestaj..!

Agak lama saya tak mengupdated blog nie..Kesibukan atau kelalaian membuatkan saya mengabaikan seketika blog ini.., cuba menulis tapi kadang-kadang macam kematian sumber pulak jadi jalan yang terbaik adalah hanya mendiamkan diri ..hehehe..Sebenarnya gambar-gambar thaipusam ini sudah lama saya perapkan didalam hardisc kalau boleh buat perkasam mesti ia dah berjaya emmmm sedapnye!!..Kalau nak diceritakan pasal thaipusam ni satu persatu pastinya tidak cukup space untuk menulis jadi saya ringkaskan apa yang saya buat untuk melengkapkan hari saya pada hari yang bersejarah itu..
Padat, Mampat, serta pelbagai aroma saya rasai semasa disana..ia sungguh menjadikan pagi itu ,pagi yang paling terindah buat saya..emmmmm wangi!! likes..;) tika itu saya rasakan seolah-olah saya berada di mumbai, macam dalam cerita hindustan,,akhaks. ..
Pelbagai ragam manusia dilayarkan dihadapan saya., ada diantaranya membuat saya takut untuk mendekati mereka.,mereka bagaikan dirasuk dengan mata yang sentiasa terbeliak besaaarr!! warna-warna merah dimuka, dan ada diantaranya menegeluarkan bunyian ular ketika berjalan., mungkin bagi kepercayaan mereka ia adalah satu cara untuk menyucikan diri dari dosa..mungkin...sebab saya pun tidak pasti..~ tapi saya kagum dengan perayaan-perayaan macam ni sebab ia membuka mata saya untuk mengenali nilai budaya sesuatu bangsa...ooOohh indahhnya malaysia.. ! *tiba-tiba kan..ini ada sedikit buat tatapan anda..

















p/s: sebenarnya ada lagi gambar yang saya nak share tapi internet lambat, ..nanti eh..

salam bollywood,
+nurul syazana rose razman