Labels

Monday, January 4, 2010

Tentang cinta..

salam semua..!! sebelum bercerita panjang, mungkin ada yang perasan kat blog ni dah ada sedikit pembahruan ..emmm bermula tahun ini selain saya share picture-picture wedding kat sini juga saya
nak kongsi dengan korang semua tentang cerita-cerita yang boleh dikongsikan bersama kita sama-sama berkongsi pendapat tentang sesuatu * emmm mungkin ia merupakan azam saya untuk tahun ini...


Kadang-kadang hidup kita ni banyak dipengaruhi oleh kisah-kisah cinta tak kirala masalah cinta kita sendiri atau pun kawan-kawan yang sentiasa disekeliling kita..kadang-kadang saya tertanya-tanya bila la kisah-kisah ni nak berakhir..ye la ada je benda yang tak kena dalam perhubungan ni..nak puaskan hati dia la..?nak ikutkan kemahuannya la .. & etc.. pastinya semua orang tidak lah semempurna mana kan..kan..? tapi yang pasti dia mampu mengubah dan memberi yang terbaik..ehh..rasa-rasanya macam banyaknya saya membebelkan..an..?~hehe..ok la macam ni sebenarnya nak jaga percintaan kita tidak la sesusah dan serumit yang kita rasakan.. hah!..hah!!.. *stop kerut-kerut kening ye..dont worry  kat sini saya ada sedikit tips-tips yang rasenya boleh dikatakan berguna untuk kita semua dalam mengatasi masalah C. I. N. T. A..


 Respect each others..!! seriously ianya sangat penting ..mungkin ada diantara kita hanya pada awalnya kelihatan terlalu baik ..tingkah laku & segalanya .. emmm rasanya tidak kira lah rasa hormat itu pada sesiapa pun..sama ada orang yang kita sayangi atau sesorang yang kadang-kadang cuma lintas pada pandangan kita walaupun hanya sesaat..emmm rasanya macam melalut lagi..ok la contohnya macam ni..*jeng...jeng..jeng...( angkat-angkat kening dengan sengaja) ok la macam ini..walaupun mungkin kita sudah mengenali pasangan kita lebih dari lima tahun pastinya mungkin ada dikalangan kita mula berasa, perasaan hormat itu kian pudar ..*mungkin ye ayat disini..means tak semua orang macam tu tau..! banyak yang telah kita kenali mengenai dirinya..termasuk la segala tabiat-tabiat buruknya *susah untuk menghormati orang lain.. yang sememangnya kian sebati dengan dirinya tanpa kita mampu mengubahnya walahan pelbagai jenis bahan pencuci degil termasuk *clorox telah kita letakkan padanya.. tetapi masih begitu!.. apa yang harus kita lakukan adalah belajar menerima kekurangannya serta menunjukkan contoh-contoh yang baik kepadanya dan lebih afdal jika kita  berdoa supaya dia berubah insyallah semoga Allah melembutkan hatinya suatu hari nanti..

2. K. E. B. A. I. K. A .N

Menunjukkan suatu teladan yang baik buat si pencinta..Terapkan dia dengan nilai-nilai yang baik yang mampu membuatkan dia terpegun & terpesona dengan diri kita & mula mengikuti segala perlakuan kita..*extra tips ini ditujukan buat sang-sang arjuna..Biasanya wanita mudah cair apabila melihat lelaki yang di cintai itu melakukan sesuatu yang jarang lelaki lain lakukan pada wanita lain..& sanggup melakukan apa sahaja untuknya..  Bagi lelaki pula jangan terlalu ego menunjukkan kasih & sayang anda pada mereka sesungguhnya wanita sangat suka dicintai&disayangi..walaupun mugkin pada lahiriahnya ia kelihatan keras seperti batu aka *tiada perasaan..sebenarnya  jika diteropong didalam hati mereka pastinya telah terbentuk sebuah taman bunga ..

B.E.R.T.A.N.G.G.U.N.G J.A.W.A.B
Mempertahankan perhubungan percintaan menjadi tanggungjawab pasangan setelah kita mempunyai insan yang kita sayangi..Percintaan bukan lah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati..tidak kira lah berapa kali pasangan kita itu pernah bercinta..selagi kita memilikinya seharusnya kita menerimanya seadanya dirinya..Kejujuran merupakan tungak dalam sebuah perhubungan..Tunjukan sifat sebenar anda nescaya jika si dia benar-benar sayangkan kita insyallah dia pasti menerima kita seadanya diri kita..Tanggungjawab pula menjadikan ia sebagai jalinan supaya ia tetap kukuh bagaikan tugu yang ampuh selamanya..

S.E.N.T.I.A.S.A  B.E.R.S.A.M.A
Adatlah lumrah bila bercinta pastinya kemana pergi pastinya ingin sentiasa bersama..TAPI ini tak bererti kita menyingkirkan teman teman yang sentiasa disekeliling kita..apasalahnya jika kita masukkan si dia dikalangan teman-teman kita supaya dia boleh membiasakan dirinya..Mungkin ada masanya korang pastinya ingin berdua tapi jika sentiasa bersama pastinya perasaan bosan itu  akan mula timbulkan..kan..

B.E.R.P.U.R.A  -  P.U.RA
Berpura-pura..?? emmm dalam percintaan ini tipu la kalau seseorang itu tiada langsung perasaan cemuburu..*cemuburu??hehe..cemburu sebenarnya...Buang perasaan berpura-pura itu!!..pastinya wanita mahupun lelaki memilikinya tapi jika kita sentiasa bertindak kononnya "cool" apabila si dia asyik leka berbicara tentang wanita atau lelaki lain ..ini juga mampu merosakkan perhubungan antara anda dan si dia..biarkan si dia tahu andainya ia keterlaluan supaya dia tahu untuk menghormati  kita dalam apa jua keadaan sekalipun..apa yang mampu kita lakukan..? emmmm tegur dia dengan cara yang terbaik..atau katakan padanya " awak sedar tak apa yang awak lakukan .. " mungkin dari situ si dia mula berfikir tentang kesalahannya.. Biarkan si dia tahu perasaan kita pada ketika itu..& yang paling penting!! tidak perlu sorakkan perasaan kita semata-mata untuk menunjukkan sikap terbuka kita walahan dalam hati kita seperti sedang mengoreng ikan yang hampir hangus...

 emmm bila bercerita pasal cinta tiba-tiba teringat antara quote-quote  dalam  twilight..phewit..;D